Assalamualaikum,
ana agak clumsy bile study, ,so kerana ke-clumsy-an ana ni, ana ade karang sebuah sajak yg bertajuk . .emm . . .-.-" , ,lupe bagi tajuk , ,never mind la. .ni hanya sajak picisan shj. .tak plan pon nak hantar kat DBP . .hayatilah . .^w^
dalam sayu malam,
berdiri ku dalam kelam,
menanati kelibat mereka
yang tidak kesampaian,
hatiku bermonolog sendirian,
ku rindukan belaian,
ku rindukan senyuman,
ku rindukan dakapan,
tapi semua itu hanya igauan,
berdiri ku di persada ini,
bukan hanya dengan angan-angan,
tetapi bertemankan harapan,
seringkali hati ini berbisik,
mungkin ini dugaan,
menunjukkan betapa kasihnya Tuhan,
menyediakan peluang dan kesempatan,
buat hamba-Nya yang memerlukan,
ku jadikan rindu sebagai cabaran,
biarkan ku sendirian,
berenang dalam kepahitan,
inginku hadiahkan kegembiraan,
buat dikau yang dalam ingatan,
maafkan aku yang hina ini,
tidak mampu membahagiakan walaupun disisi,
mungkin di kejauhan ini adalah refleksi,
untukku bermuhasabah diri,
tapi ingatlah, tidakku terniat dihati,
hanya terluah dek kelemahan diri,
jauh disudut hati, terlalu menyayangi,
ayah ibu, maafkan anakmu,
tidak mampu menjadi penawar duka,
namun aku akan tetap terus berusaha,
doakan aku terus jaya,
moga impianku terlaksana,
sebagaimana kakanda . . . .
nukilan,
cahaya berbudi bahasa:)
selasa
10.50 pm

No comments:
Post a Comment